Apabila ditanya, mengapa saya begitu gila dan meminati Agnes Monica. Saya hanya mampu jawab,
pertama…
saya suka dengan vokal lantang
dan super power dari Agnes.
Kedua,
Agnes Monica ada showmanship yang hebat penuh bertenaga
dan stamina di mana Agnes boleh menari dengan lincah Micheal Jackson.
Tidak hairan, Agnes menjadikan
Michael Jackson sebagai idola pujaannya.
Ketiga,
Agnes ada penampilan
aura selebriti yang bertaraf diva.
Agnes cantik, manis, cun dan punya mata yang sangat menawan.
Walaupun ada yang mempertikaikan soal kuantiti album Agnes yang hanya dapat
melahirkan dua album.
Ironinya, walaupun hanya 2 buah album,
namun pada saya,
kedua-dua album punya kualiti.
Banyak lagu pop Agnes yang menjadi kegemaran.
Antaranya, lagu irama balada,
Salah Jatuh Cinta yang menceritakan tentang kisah cinta 3 segi.
Penggunaan unsur-unsur gambaran seperti cermin yang telah usang dan berdebu,
kapas yang putih hampa dan terkulai awan dan burung dalam lagu ini memang memberikan kesan pada pendengar.
Lagu Dan Tak Mungkin juga menyentuh perasaan saya. Entahlah kebelakangan ini ,
sejak jatuh cinta pada seseorang…
lagu balada begitu membuat hati saya jadi lebih sayu mengenang cinta yang tiada hujung.