Friday, August 14, 2009


Hyenas......
hyenas terdiri daripada 2 kumpulan
Saya sangat suka dengan kumpulan ini.....
Cara mereka main sangat berbakat....
saya paling suka tengok Jian main..
bersemangat sungguh....

Dodgeball....


Dodgeball telah berkembang maju serta mendapat perhatian yang amat memberangsangkan dari rakyat Malaysia. Baru-baru ini telah diadakan perlawanan diantara pihak-pihak media. Teruja, meriah dan sporting! Itulah yang dapat digambarkan betapa meriahnya Pertandingan Dodgeball antara Media yang diadakan di Cineleisure, Damansara, pada 5 Ogos yang lalu. Pihak-pihak media yang turut melibatkan diri ialah Red.fm, NTV7, The Star ,Utusan dan Kosmo. Selebriti yang turut menghadirkan diri ialah Sheeby Singh.
Acara dimulakan dengan Klinik Dodgeball yang dianjurkan oleh pihak MAD (Malaysia Association of Dodgeball). Klinik Dodgeball ini diadakan bertujuan untuk mengajar para peserta bagaimana cara permainan dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika bermain.
Semua peserta dari pihak Red fm, NTV7, The Star, Utusan dan Kosmo telah menunjukkan aksi yang hebat belaka. Apa yang mengejutkan adalah semua pasukan menunjukkan kehebatan yang luar biasa dan positif walaupun ada diantara mereka yang baru pertama kali bermain Dodgeball. Juara keseluruhan bagi pertandingan Dodgeball antara media ini telah disandang oleh Kosmo apabila mereka berjaya menumpaskan The Star pada perlawanan peringkat akhir. Persaingan sengit dapat dilihat diantara kedua pasukan ini kerana mata yang mereka perolehi tidak jauh perbezaannya iaitu 3-2.
Acara pemberian hadiah turut disampaikan oleh President MAD iaitu Datuk Samson David Maman. sSeterusnya acara dihangatkan lagi dengan persembahan dari MAD sendiri iaitu persembahan nyanyian lagu Heal The World yang diiringi oleh alat muzik buatan sendiri iaitu daripada tin minuman Revive. Persembahan itu turut dirasmikan oleh Datuk Samson David Maman.
Kejohanan Liga Kampus 2009 dimulakan pada pukul 8.00 malam. Terdapat 8 pertandingan diadakan dan sebanyak 16 pasukan bersaing dalam liga antaranya adalah Bombers dari Kolej Binary, HELP(Hyperblades), MIT mempunyai dua pasukan iaitu Mitans dan Titans, Metropolitan(Meastro), KBU(Pirahnaz), Kolej Segi mempunyai tiga pasukan iaitu (Barbarians, Avengers dan Invaders) , TOC(Velocity), Taylor`s Hartamas(Arcadians), UCSI(Devils Dukes), UNITY(Tigers) dan Taylor`s Subang(Hyenas 1 dan Hyenas 2).